Benarkah bangsa Melayu adalah bangsa yang
lemah berbanding dengan bangsa-bangsa lain seperti Cina, Barat, Jepun, Korea,
Yahudi dan sebagainya? Benarkah begitu? Itulah yang sering kita dengar dari
pemimpin-pemimpin kita, tokoh-tokoh negara kita, guru-guru, dan ibubapa kita.
Kita sering dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain seperti bangsa Melayu malas membaca berbanding dengan bangsa Cina dan barat. Bangsa Melayu berhasad dengki, pemalas, tidak mahu berusaha, nak cepat kaya, pengotor, suka berhibur, tidak menghormati ibubapa, gemar menjadi artis, gemar berpolitik, menipu sesama bangsa dan berbagai-bagai lagi.
Kita sering dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain seperti bangsa Melayu malas membaca berbanding dengan bangsa Cina dan barat. Bangsa Melayu berhasad dengki, pemalas, tidak mahu berusaha, nak cepat kaya, pengotor, suka berhibur, tidak menghormati ibubapa, gemar menjadi artis, gemar berpolitik, menipu sesama bangsa dan berbagai-bagai lagi.
Mengapakah kita sering membandingkan bangsa
kita dengan bangsa lain? Adakah bangsa lain benar-benar hebat? Contoh seperti
membaca, benarkah bangsa lain gemar membaca? Adakah mereka benar-benar
mengetahui keadaan bangsa lain sehingga membandingkan bangsa kita dengan
bangsa-bangsa lain. Rendah sangatkah menjadi bangsa Melayu? Adakah jika kita di
lahirkan sebagai bangsa lain, kita akan berjaya, kaya, berilmu, dan bijak?
TIDAK! Bangsa Melayu tidak lemah
berbanding dengan bangsa lain. Mereka yang membandingkan bangsa mereka sendiri
sebenarnya tidak mengetahui keadaan bangsa lain. Jika mereka mempunyai
pengalaman bersama bangsa lain pun, pengetahuan mereka amat terbatas dan mereka
hanya melihat beberapa sudut yang umum sahaja tanpa mengetahuinya dengan
teperinci.
Sebenarnya apa yang mempengaruhi bangsa
Melayu adalah kerana pengaruh kebudayaan, persekitaran dan didikan. Genetik
Melayu tidak mempengaruhi otak manusia untuk berfungsi. Pernah anda melihat atau kenal dengan bangsa Cina,
India atau lain-lain bangsa yang di pelihara oleh keluarga Melayu? Bagaimanakah
pemikiran, pergaulan dan cara perbualan mereka? Adakah sama seperti anda?
Bangsa Melayu malas membaca? Boleh anda
nyatakan statistik dan peratus bangsa lain membaca? Anthony Robbins di dalam bukunya,
Awaken The Giant Within pada bab pertama menyatakan kerunsingannya akan keadaan
bangsanya (Amerika Syarikat) yang tidak suka membaca. Ia menyatakan statistik
bangsa Amerika bahawa tidak sampai 10% yang membeli buku membacanya melepasi
bab pertama. Itu bab pertama, bagaimana pula dengan mereka yang membacanya sehingga
tamat? Wah! Rupa-rupanya bangsa Amerika pun malas membaca seperti kita, bahkan
mungkin lebih malas lagi berbanding dengan bangsa Melayu.
Victor
E. Frankl, seorang tawanan Concentration
Camp yang terselamat, di dalam bukunya Man’s
search For Meaning yang terjual 5 juta unit menceritakan pengalamannya
bersama tahanan-tahanan Yahudi di dalam kem tahanan Nazi. Ia menceritakan
bagaimana tahanan-tahanan Yahudi membunuh diri setiap hari, menjadi gila,
meracau, merintih tidak henti-henti dan berbagai lagi. Bangsa Yahudi yang di
anggap maha bijak oleh kita bangsa Melayu, membunuh diri? Bangsa yang ‘bijak’
menjadi gila? Bangsa yang ‘bijak’ sanggup menyembah tentera Nazi?
Tidak kira apa bangsa mereka sekali pun,
mereka adalah sama seperti kita. Yang membezakan mereka dan kita adalah
pengalaman, keadaan sekeliling, kebudayaan mereka yang menitik beratkan
beberapa aspek-aspek tertentu dan dengan siapa mereka menghabiskan banyak masa
bersama.
Dale
Carnagie di dalam bukunya How To Stop
Worrying and Start Living yang di tulis pada tahun 1955 menyatakan bahawa
separuh daripada katil di hospital di Amerika
Syarikat adalah di tempatkan untuk pesakit jiwa. Bangsa yang ‘hebat’ sakit
jiwa, gila dan bunuh diri? Saya tidak ingin memperendahkan bangsa mereka,
tetapi saya membawa perkara ini untuk perbandingan yang menyatakan bangsa Melayu lemah tanpa
mereka melihat keadaan sebenar bangsa-bangsa lain.
Bangsa Melayu pentingkan diri? Cubalah
lihat bagaimana banga lain contohnya di China
bagaimana mereka tidak mempedulikan bangsa mereka yang dalam kemalangan. Bangsa
yang ‘hebat’ yang kini menguasai pasaran dunia adalah sama seperti kita
rupa-rupanya.
Bagaimana pula dengan kenyataan bahawa
bangsa Melayu suka berhibur? Anda boleh membandingkannya dengan bangsa di Perancis, England, Amerika, hatta
seluruh dunia. Itu adalah sifat manusia.
Bangsa Melayu berhasad dengki sesama
sendiri? Jika anda mendalami undang-undang di Amerika Syarikat, anda dapat
melihat betapa ‘gila’nya bangsa meraka dalam saman-menyaman. Anthony Robbins pernah menyatakan di dalam bukunya bahawa jika
anda mempunya aset setengah juta dollar, kebarangkalian anda akan di saman
adalah tinggi kerana pihak lain mahu mengambil keuntungan atas kekayaan anda.
Bangsa Cina di Malaysia juga bersifat ‘dengki’. Mereka akan cuba menjatuh atau memperlahankan lawan mereka dalam perniagaan yang sama dengan mereka. Itu lumrah manusia. Setiap manusia takut akan persaingan yang boleh membuatkan mereka merundum. Jadi mengapa hanya menyatakan bangsa Melayu sahaja berhasad dengki? Mengapa tidak menyatakan umat manusia berhasad dengki?
Bangsa Cina di Malaysia juga bersifat ‘dengki’. Mereka akan cuba menjatuh atau memperlahankan lawan mereka dalam perniagaan yang sama dengan mereka. Itu lumrah manusia. Setiap manusia takut akan persaingan yang boleh membuatkan mereka merundum. Jadi mengapa hanya menyatakan bangsa Melayu sahaja berhasad dengki? Mengapa tidak menyatakan umat manusia berhasad dengki?
Hentilah dari memperendahkan bangsa anda
sendiri. Percayalah dengan berbuat demikian anda juga akan turut merasa terhina
dan akan merasa rendah diri bila berhadapan dengan bangsa lain. Anda hanya akan
menjadi penonton kepada bangsa lain dalam persaingan kerana anda merasa
kedudukan anda rendah, tidak layak serta tidak akan mampu bersaing dengan
bangsa yang anda rasa hebat!




