Cinta adalah suatu yang paling
misteri sepanjang zaman. Cinta sering di mainkan di mana-mana sahaja saja, baik
pada filem, majalah, drama, buku, lagu dan berbagai lagi. Terlalu sukar untuk
mengungkapkan dan mendefinisikan apa itu cinta.. 'Cinta itu apabila kita
sentiasa terbayang wajah si dia', 'cinta itu suci', cinta itu tidak mengenal
usia', 'cinta itu buta', dan berbagai-bagai lagi ungkapan.
Tidak dapat di nafikan media
memainkan peranan dan pengaruh mendalam tentang cinta. Mengapakah kisah cinta
sering mendapat tempat di media? Jawapannya adalah kerana semua orang dapat
merasai perasaan yang di namakan cinta itu. Tetapi benarkah cinta itu sesuatu
yang sangat misteri?
Ya! Bukan sahaja cinta, tetapi semua yang berkaitan dengan emosi adalah misteri oleh hampir keseluruhan orang.
Ya! Bukan sahaja cinta, tetapi semua yang berkaitan dengan emosi adalah misteri oleh hampir keseluruhan orang.
Adakah cinta itu berasal dari emosi? Apakah
cinta itu sama seperti emosi-emosi lain seperti gembira, sedih, takut, dan
marah? Jawapannya adalah ya!
Pernahkah anda mempertanyakan kepada diri
anda mengapakah anda merasa menyukai seseorang? Pasti tidak bukan? Jika anda
mempertanyakannya pun anda pasti tidak akan mendapat jawapan. Pernahkah anda
mempertanyakan diri anda apakah yang seseorang itu lakukan terhadap anda
sehingga anda merasa menyukainya?
Kesimpulan dari apa yang di katakan cinta itu
adalah kerana perasaan menyukai seseorang. Menyukai seseorang yang bertentangan
jantina dari anda. Dan jika bersamaan jantina ia hanya di namakan persahabatan.
Contohnya, jika anda seorang perempuan. Seorang rakan perempuan anda sering mengambil berat akan diri anda, menjadi seorang yang setia mendengar luahan anda dan sentiasa menghargai apa yang anda lakukan. Apakah perasaan anda terhadapnya? Anda pasti menganggapnya sebagai seorang sahabat sejati, teman rapat dan sahabat karib anda.
Bagaimanakah jika seorang lelaki melakukan perkara yang sama kepada anda? Apakah anda merasa ia wajar di anggap sebagai teman rapat sahaja?

Manusia dan seluruh kehidupan ini di jadikan
berpasangan. Sudah lumrah bahawa setiap manusia memerlukan yang bertentangan
jantina darinya. Wanita memerlukan lelaki kerana kekuatannya, keberanian dan
agar dapat melindunginya. Manakala lelaki pula memerlukan wanita kerana
ketelitiannya, kelembutannya dan kerana perasaannya yang mendalam.
Oleh itu ketahuilah bahawa cinta bukanlah
sesuatu yang misteri yang membingungkan. Cinta lahir kerana anda menyukai
seseorang samada anda sedar atau tidak. Dan ia juga dinamakan cinta apabila
anda menyukai orang yang bertentangan jantina dengan anda. Dan ia sekadar di
namakan persahabatan jika orang tersebut sama jantina dengan anda.
Tiada istilah cinta itu buta, ia buta kerana anda tidak dapat mendalami perasaan anda sendiri dan tidak pernah mempertanyakan diri anda kenapa anda menyukainya. Anda terperangkap dalam perasaan anda sendiri dan menolak rasional.

No comments:
Post a Comment