Cinta itu buta. Itulah yang
sering di uar-uarkan oleh umat manusia di seluruh dunia. Benarkah cinta itu buta?
Jika benar apakah yang menyebabkan cinta itu menjadi buta? Kerana cinta itu
buta manusia tidak dapat membezakan darjat pasangannya, keburukan pasangannya,
rupa paras, bentuk badan, kewangan, persefahaman dan agama di antara mereka.
Cinta adalah ungkapan yang maha misteri
kepada umat manusia. Ramai yang bergelumang dalam kebingungan kerana penangan
sebuah cinta. Percayakah anda jika saya katakan bahawa cinta itu menjadi buta
kerana perasaaan suka kita kepada seseorang telah membuatkan kita mengetepikan (dismiss) sifatnya yang tidak kita
sukai.
Menurut Sigmund Freud, professor bapa psikologi moden, bahawa kita tidak akan dapat berkhidmat kepada dua tuan - salah satu
daripadanya harus di kalahkan. Dua tuan tersebut adalah antara suka dan
tidak suka.
Jika kita menyukai seseorang, maka fikiran
kita secara automatik akan menghapuskan perkara-perkara yang kita tidak sukai
tentang orang tersebut.
Contohnya anda menyukai seseorang kerana
keikhlasannya atau kerana sifatnya yang mengambil berat atau sebagainya, maka
anda akan memikirkan perkara-perkara lain yang anda sukai tentang dirinya.
Apabila anda telah menyukainya, maka anda tidak mahu mengingati perbuatan buruknya seperti pernah memaki anda, menipu anda atau sifatnya tidak bertanggungjawab.
Mungkin anda pernah memikirkannya sekali sekala, tetapi ia tidak berada lama dalam fikiran anda kerana anda telah menyukainya. Fikiran anda menjadi tegang jika memikirkan keburukannya. SALAH SATU HARUS DI KALAHKAN!
Apabila anda telah menyukainya, maka anda tidak mahu mengingati perbuatan buruknya seperti pernah memaki anda, menipu anda atau sifatnya tidak bertanggungjawab.
Mungkin anda pernah memikirkannya sekali sekala, tetapi ia tidak berada lama dalam fikiran anda kerana anda telah menyukainya. Fikiran anda menjadi tegang jika memikirkan keburukannya. SALAH SATU HARUS DI KALAHKAN!
Di dalam buku Thinking Fast and Slow, tulisan pemenang Nobel Ekonomi iaitu Daniel Kenhman yang banyak melakukan
kajian akan cara manusia berfikir. Di dalam satu bab beliau memperkatakan akan
teori Cognitive Ease, iaitu apabila
kita menyukai seseorang, kita secara tidak sedar tidak mengetahui mengapa kita
menyukainya.
Contohnya apabila kita melihat seorang perempuan yang cantik atau
lelaki yang segak, kita merasai senang melihatnya. Ia berlaku secara spontan.
Kita tidak mengetahui mengapa kita suka melihatnya. Kita tidak mempunyai
jawapannya dan kita tidak pernah mempertanyakan diri kita.
Apabila kita menyukai seseorang, kita juga
akan mensensasikan semua perkara akan dirinya. Caranya bercakap, berpakaian,
suaranya, bentuk badannya, gayanya dan segala-galanya. Suaranya cukup sempurna
kepada kita. Pakaiannya sungguh bergaya. Warna pakaiannya amat sepadan.
Percakapannya matang dan sebagainya.
Cuba pula anda ingat kembali seseorang
yang anda benci ketika ini. Ingatkan kembali pakaiannya, gaya dan suaranya.
Pasti semuanya amat tidak sesuai dan buruk sekali penampilannya bukan? Anda
telah teperangkap dalam fikiran anda sendiri dan semua orang telah teperangkap
kecuali bagi mereka yang mempertanyakan dirinya dan mempunyai jawapan.
Bagaimana untuk melepaskan diri dari
perangkap cinta buta ini? Caranya adalah dengan asingkan emosi dan logik anda.
Senaraikan semua tentang dirinya – baik dan buruk. Anda akan dapat melihat
dengan jelas perasaan anda dia antara yang rasional dan yang tidak. Senang
bukan? Ya sungguh senang jika anda mencatatkan perasaan anda itu di atas
kertas. Jika tidak perkara yang sama hanya akan berlegar-legar di fikiran anda
sahaja.
Anda harus melakukan perkara ini jika
merasa pasangan anda ada sesuatu yang tidak kena (something wrong) atau merasa ragu-ragu dengan perasaan anda untuk
membuat keputusan. Anda harus melakukannya jika masa depan anda cuba dipertaruhkan.
Kerana cinta itu butalah banyak berlaku
masalah seperti kahwin lari, tidak mendapat restu ibubapa, di tipu dan
sebagainya. Adakah anda yakin dapat terlepas dari cinta buta ini? Tiada yang
tahu! Tetapi anda berhak mendapat kehidupan yang lebih baik. Masa depan anda terletak di
tangan anda.



No comments:
Post a Comment