Siapakah yang betul? Jawapanya adalah
mudah. Kitalah yang betul. Mengapakah kita merasa betul? Semua orang pasti merasa
ia betul, jika tidak ia tidak akan bertindak dan melakukan apa yang apa yang ia
telah dan ingin lakukan.
Untuk melakukan sesuatu kita secara psikologikalnya harus mempunyai sebab dan alasan sebagai dorongan untuk kita melakukannya.
Untuk melakukan sesuatu kita secara psikologikalnya harus mempunyai sebab dan alasan sebagai dorongan untuk kita melakukannya.
Jika anda dapat menangkap seorang pencuri,
penjenayah atau sesiapa sahaja, pasti mereka mempunyai alasan mengapa melakukan
perbuatan itu. Alasan mereka sebenarnya bukanlah dalih, tetapi itulah sebab
yang mendorong mereka melakukan perbuatan tersebut. Antara alasan mereka adalah
seperti ‘orang itu yang mulakan dulu’, ‘ia tidak berlaku adil’, ‘aku kesempitan
wang’, sekadar suka-suka’, 'tidak banyak pun' dan berbagai lagi.
Pernahkah anda meninggikan suara, mengeluh, tidak bersetuju
atau membantah ibubapa anda? Adakah anda merasa telah telah tergolong dalam
anak derhaka? Sudah pasti tidak bukan? Kenapa? Kerana anda mempunyai alasan
mengapa anda melakukan perbuatan itu dan anda amat yakin bahawa anda adalah di
pihak yang betul.
Percayakah anda jika saya katakan bahawa
didunia ini tiada yang betul dan tiada yang salah – ia semuanya bergantung
kepada keaadaan. Lihatlah keadaan sekeliling anda, dunia ini sungguh tidak
adil! Anda mempunyai lesen kenderaan dan membayar cukai jalan tetapi hak anda
di sekat. Anda dipaksa memakai topi keledar, tali pinggang keledar, berhenti di
lampu isyarat, perlu mendapat kelulusan JPJ untuk mengubah suai kendaraan anda
dan berbagai-bagai lagi. Dalam perkara ini siapakah yang betul? Hak anda atau
undang-undang?
Pertikailah, berhujahlah, anda pasti mempunyai berbagai-bagai alasan dan sebab bahawa anda adalah betul. Tetapi bagaimana pula di pihak lain, adakah anda fikir mereka tidak mempunyai alasan bahawa mereka betul?

Dewasa ini begitu ramai yang mempertikai
dan mempertanyakan hak-hak kebebasan mereka. Mereka menggunakan pelbagai medium
seperti Human Rights, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan berbagai-bagai lagi untuk
menyuarakan akan hak-hak mereka. Negara kita di bandingkan dengan undang-undang
negara lain yang lebih liberal, longgar dan lebih bebas undang-undangnya. Hak berhimpun,
hak bersuara, hak menyuarakan pendapat dan berbagai-bagai lagi.
Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, pernahkah anda mempertanyakan kepada diri anda akan hak-hak orang lain? Saya tidak ingin memperdebatkan senario politik negara kita, saya hanya ingin membawa anda melihat beberapa gambaran didunia realiti kita hari ini.

Manusia ini sungguh tidak adil! Mereka
sanggup membunuh hidupan lain demi untuk kepentingan mereka. Mereka membunuh
haiwan, tumbuhan dan merosakkan landskap bumi kerana kepentingan mereka.
Hak-hak haiwan dan tumbuhan harus dibela. Perangai manusia tiada bezanya dengan
haiwan seperti harimau,singa dan serigala yang membunuh untuk kepentingan diri
sendiri.
Benarkah manusia dan haiwan tersebut melakukan kesalahan? Jawapannya adalah bergantung kepada siapa diri anda. Jika anda adalah manusia, anda adalah di pihak yang benar. Tetapi jika anda adalah seekor ayam, itik dan lembu, anda mutlak yakin bahawa manusia adalah sungguh kejam dan jahat kerana membunuh golongan-golongan anda. Menarik bukan?

Anda pernah melihat atau terlibat dalam
perdebatan dan pentengkaran. Bagaimanakah kesudahan mereka? Siapakah yang
betul dan siapakah yang menang? Kesudahan mereka adalah tidak berkesudahan.
Kedua-dua belah pihak pasti akan merasa diri mereka benar dan lawan mereka
salah. Dan akhiri mereka pasti dengan kedua-dua pihak tidak berpuas hati dan
berbangga dangan hujah masing-masing.
Anda suka menasihati orang? Jika ya saya
nasihatkan anda lebih berhati-hati dan sentiasa menperbaiki method penyampaian
anda. Apabila anda menasihati orang bermakna anda ingin menyatakan mereka salah
dan anda betul. Menyatakan seseorang salah adalah sesuatu yang senang tetapi
sukar untuk di terima oleh pihak lain. Anda akan berhadapan dengan dicemuh,
dipulau, bertengkar dan berkesudahan dengan saling tidak puas hati.
Anda mungkin berbangga apabila merasa anda betul, tetapi bagaimana jika seseorang menyatakan anda salah dan pemikiran anda adalah teruk. Begitulah orang lain rasai apabila anda menyatakan mereka salah.

Ingatlah, janganlah anda terlalu merasa
bahawa anda adalah di pihak yang betul kerana pihak lain juga mempunyai alasan
dan sebab-sebab mengapa mereka merasa diri mereka betul. Bahkan mungkin
alasan-alasan mereka jauh lebih kuat berbanding anda. Kerana itulah dapat kita
lihat mengapa seseorang amat sukar untuk di nasihati, anak-anak tidak mahu mendengar
kata-kata ibubapa, guru-guru gagal membetulkan murid-muridnya.
Untuk memperbetulkan seseorang anda perlu melalui beberapa cara dari sudut psikologikal (mungkin kita akan bincangkan di lain masa), jika tidak anda bukan sahaja tidak mendapat apa yang anda inginkan, bahkan kehilangan lebih dari anda jangkakan.

Fahamilah keadaan dan alasan orang lain
sebelum anda merasa diri anda betul dan mereka salah kerana semua di antara
kita merasa dirinya betul. TIADA YANG BETUL DAN SALAH – IANYA BERGANTUNG KEPADA
KEADAAN!